Wednesday, October 7, 2009

Saman

Hari ni dari pagi aku sibuk naik turun mahkamah majestret untuk langsaikan saman trafik. Bulan Jan 2009 aku kena saman trafik sebab langgar lampu merah dan plet motorsikal patah separuh...

Aku buat hero.... tak nak 'pujuk' penyaman...last-last masa aku nak renew roadtax kereta dan motor ..sangkut! ada waran tangkap

so, banyak perkara lah aku kena buat bagi bab ini.

pergi buat rayuan - tak lepas , kerana opss sikap , ada satu cara aja nak selesai...MAHKAMAH...aduss..tambah lagi kerja aku. tapi takpe, kerana aku yang mengatal tak nak 'pujuk'...

so , kenalah aku mengadap tuan majestret pagi tadi...


Tapi, alhmadullilah.Banyak perkara yang aku dapat belajar dari episod ini.

Antaranya :-

1. Jangan langgar undang2
2. Hidup di dunia ni rupa-rupanya banyak 'ketidakadilan' (patut le kita perlu mengejar akhirat)
3. Kalau kita nobody , terima aje la seadanya
4. Kalau kita somebody (atau kenal somebody) , angka 9 boleh jadik 6
5. Ada pengalaman masuk mahkamah (kalau tak kerana saman ni, tentu aku tak pernah pergi jenguk mahkamah kat putrajaya tu)

Akhirnya, setelah beberapa perkara telah disesuaikan dengan keadaan, saman aku telah berjaya dikurangkan dari RM600.00 kepada RM80.00..alhamdullilah

dan..lepas bayar aje, aku terus pecut ke balai polis utk release blacklist...insyaAllah esok aku dah boleh renew roadtax...

No comments:

Post a Comment