Monday, October 12, 2009

Berita Gembira Untuk Orang Miskin

Untuk menajdi jutawan akhirat bukan semudah menggerakkan lidah dan gigi seperti mana maksud ayat dibawah :-

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang ditempuhi orang-orang yang terdahulu daripada kamu" (surah Al-Baqarah, ayat 214)

Dari dulu kita dapati sangat sedikit bilangan orang mukmin yang kaya tapi lebih banyak yang miskin. Ini bermakna Allah sengaja menghindarkan kaya daipada orang mukmin seperti doktor melarang pesakitnya dariapda makan banyak kerana banyak makan akan lebih kepada mudarat.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud ,

" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan ke atas kamu tetapi yang aku khuatirkan ialah apabila terdampar luas bagimu dunia sebagaiman orang sebelum kamu. Kemudian kamu berlumba2 sebagaimana seperti orang2 sebelum kamu"

Mengapa miskin ? (miskin - punya harta tapi sekadar yang perlu sahaja sehingga tidak berlaku pembaziran)

1. dapat membentuk hati sentiasa rendah diri
2. dapat menyelami kesusahan manusia lain
3. senantiasa syukur
4. senantisa mengharap rahmat Allah
5. dapat membentuk hati untuk memiliki rasa kehambaan iaitu sifat yang dicintai oleh Allah


Mengapa kaya?

1. mudah wujud sifat riak, takkabur
2. mewujudkan sifat sudah 'berkuasa'
3. merasakan semua boleh dibeli dan akan wujud sifat turuti hawa nafsu


Saidina Umar menangis apabila ROm dan Parsi jatuh ke tangan umat Islam. Apabila ditanya oelh Sahabat maka beliau berkata " Inilah masanya dunia telah datang kepada kamu".

Tsa'labah yang asal hidupnya seorang miskin yang soleh etlah bertukar menjadi toleh apabila kekayaan menyelubungi hidupnya. Kemiskinan hidupnya telah membentuk dirinya taat kepada Allah. Akhirnya apabila kaya, lupa diri, bakhil , sombong , takbur dan lupa kepada ALlah.

Ini bukan bermakna orang mukmin menolak kekayaan. Orangm ukmin mahu kekayaan tetapi kaya pada masyarakat atau jemaah, tapi miskin pada individu. Contoh Saidnin Usman , Abdul Rahman bin Auf memiliki kekayaan tapi sama2 menanggung kelapadaran semasa perang khandak kerana hartanay telah dikorbankan utk jiha fisabillillah.

Antara doa Rasullullah s.a.w adalah supaya Allah hidupkan baginda dalam kemiskinan, mati sebgai seorang miskin dan bangun di Padang Masyar bersama-sama orang miskin sehinggakan baginda bersabda "barangsiapa yang mencintaiku maka bersedialah untuk miskin"

Ingatlah temanku, keafkiran itu sukar didunia senang diakhirat, sedangkan kekayaan itu kesenangan di udnia kesukaran di akhirat.

maka... marilah kita hidup dalam suasana penuh syukur, senantiasa merasai setiap rezeki yang ALlah berikan kepada kita amatlah melimpah ruah sehinggakan kita malu untuk meminta lagi...jika berdoa untuk penambahan rezeki, masukkan lah sekali di dalam doa tersebut ... rezeki ini adalah untuk aku berikan kepada fakir2 miskin dan yang memerlukan..cuma aku sebagai pemegang amanah sahaja...

mudah-mudahan aku akanmenjadi jutawan akhirat akhirnya...

1 comment: