Tuesday, August 17, 2010

tajuk akhir dalam perbualan

Semalam pergi menemani teman untuk melihat rumah baru beliau (kuaters) di Presint 11. (semi-D). Berbagai cerita yang dibualkan seperti kisah nak meniaga, nak urus anak, masa depan dan lain-lain.

Setelah beberapa lama, tiba masa nak hantar teman ke pejabat beliau. Dalam perjalanan, dia menceritakan bahawa rumahnya pernah dimasuki pencuri 2 kali. Secara tidak sengaja, saya terus memberitahu amalkan sembahyang sunat 2 rakaat sebelum subuh. Rakaat pertama baca surah Alam Nasrah dan rakaat kedua baca surah Alam Tarakai (anak tegur - salah la ayah, bukan alam tarakai tapi Al Fil) hehehe....

Sambil bercerita, dah sampai pun depan pejabatnya dan moral of the story hari ni, perjumpaan saya dengan beliau berakhir dengan cerita ttg akhirat.

Tadi, buka keretamayat, dan tajuk juga sama... Alhamdullilah.

--n--