Wednesday, March 30, 2011

Tingkatan Iman

Semalam mendengar kuliah agama di Surau Al-Furqan .

Penceramah menyatakan orang-orang yang beriman mempunyai 5 tingkatan iman.

1. Kenal kepada Allah
2. Yakin kepada Allah
3. Cintai kepada Allah
4. Rindu kepada Allah
5. Malu kepada Allah

Dimanakan iman kita?

Tuesday, August 17, 2010

tajuk akhir dalam perbualan

Semalam pergi menemani teman untuk melihat rumah baru beliau (kuaters) di Presint 11. (semi-D). Berbagai cerita yang dibualkan seperti kisah nak meniaga, nak urus anak, masa depan dan lain-lain.

Setelah beberapa lama, tiba masa nak hantar teman ke pejabat beliau. Dalam perjalanan, dia menceritakan bahawa rumahnya pernah dimasuki pencuri 2 kali. Secara tidak sengaja, saya terus memberitahu amalkan sembahyang sunat 2 rakaat sebelum subuh. Rakaat pertama baca surah Alam Nasrah dan rakaat kedua baca surah Alam Tarakai (anak tegur - salah la ayah, bukan alam tarakai tapi Al Fil) hehehe....

Sambil bercerita, dah sampai pun depan pejabatnya dan moral of the story hari ni, perjumpaan saya dengan beliau berakhir dengan cerita ttg akhirat.

Tadi, buka keretamayat, dan tajuk juga sama... Alhamdullilah.

--n--

Tuesday, July 20, 2010

Dimanakah ia ?

1. Kami cari keberkatan dalam makanan maka kami temui dalam solat dhuha

2. Kami cari cahaya dalam kubur maka kami temui dalam solat malam

3. Kami cari jawapan munkar dan nakir maka kami temui dalam membaca Al_Quran

4. Kami cari cara untuk melintasi titian siratul mustakim maka kami temui dalam puasa dan sedekah

5. Dan, kami cari bayangan Arasy maka kami temui dalam "pengasingan diri dalam mengabdikandiri kepada Allah Ta'ala

Insya Allah

Friday, June 4, 2010

Panggilan Ilahi?

Salam,

2 hari lepas telah berlaku sesuatu yang patut diambil iktibar... Seperti biasa aku menghantar anak ke-2 ke tadika (surau presint 11) dengan menaiki motor. Setelah sampai ditempat parking, anak aku turun sambil aku menahan motor supaya tidak jatuh...

Setelah 2 3 langkah anak aku bergerak..aku memanggil namanya...tapi dia tak menoleh...aku panggil lagi, tapi makin lama makin laju pulak dia berjalan..sehinggakan aku rasa sia-sia aje...

tetiba perasaan nak marah (bengang) wujud kerana terasa macam diperlekehkan...maklumlah ego seorang ayah...

tapi, Allah punya kuasa. Lantas terlintas di fikiran ...inilah hakikatnya...
Laungan AZAN 5 kali sehari berlaku, namun.... dimanakah kita pada masa itu...???

Kita berasa sedih/bengang bila panggilan tidak dijawap, tapi apabila laungan AZAN menandakan kebesaran Allah kedengaran... kita juga tidak ambil peduli?

Mmmmm... inilah hikmah atas kejadian sangka baik...

Allahuallam.

Monday, December 21, 2009

Mengelak Maksiat

Salam.

Dalam beberapa hari ni, aku telah pergi membeli buku-buku berkaitan agama dan motivasi. Antara buku yang menarik adalah "Kaedah Selamat Dari MAKSIAT". Walaupun aku belum abis membacanya, aku teringin berkongsi kepada umum akan isi kandungannya.

Kaedah 1 : Anggaplah dosa sebagai masalah besar

Kaedah 2 : Jangan meremehkan dosa

Kaedah 3 : Jangan hebah ketika buat maksiat

Kaedah 4 : Bertaubat secara tulus dan benar

Kaedah 5 : Lagi berdosa lagi bertaubat

Kaedah 6 : Tinggalkan faktor-faktor maksiat

Kaedah 7 : Selalu memohon keampunan

Kaedah 8 : Sudahkah anda berjanji meninggalkan maksiat

Kaedah 9 : Susulkan Kebajikan kepada kejahatan

Kaedah 10 : Mewajibkan tauhid yang sejati

Kaedah 11 : Berkenalan dengan orang alim / orang baik-baik

Kaedah 12 : Berdakwah

Kaedah 13 : Jangan mencela orang yang berbuat dosa

dan yang berkaitan dengannya

sekian

Sunday, December 20, 2009

Buku Yang Menarik...


Salam semua... Disini saya ingin kongsikan satu buku yang bertajuk "Kaya Dunia Akhirat".
Dibeli dengan harga RM8.00 di Masjid UPM.

Selamat Memabca

Tuesday, December 8, 2009

SKT 2010

Salam...

lama saya tak bersiaran...kebelakangan ni banyak perkara/kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan..

sebagai penjawat awam, bulan 12 adalah bulan yang mana aku perlu menyiapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan). Nak lihat adakah kerja yang dirancang tahun ini, mengikut seperti pelan asala atau ada yang digugur/ditambah..

So far, aku punya SKT alhamdullilah...seperti yang dirancang..cuma ada beberapa projek/tugasan terpaksa digugurkan atas alasan implikasi kewangan..(kita hanya mampu merancang...)

Berbalik pasal SKT, aku bukan nak cerita tentang SKT aku tapi aku ada ilham baru bagaimana nak sambut tahun baru (tahun masehi atau hijrah..tak kisah le)

tapi...better kita lebihkan sedikit tahun baru hijrah kerana itu tahun umat islam..ye tak... tapi utk kalender kerjaya..boleh gak ikut tahun masehi... no worries...

So, dalam setahun ini (2009) aku cuba liha tkembali amalan-amalan agama aku...apa yang dah buat, apa yang belum buat dan paling teruk apa yang tak terpikir langsung nak dibuat...

dan..dengan sebab itu, mulai tahun depan (2010) aku bercadang untuk mengadakan SKT utnuk amalan agama aku...mungkin aku boleh kasi nama "Sasaran Amalan Ugama 2010"...

apa yang dah ada difikiran aku, akhir tahun 2010, aku nak lihat bagaimana seriusnya aku dalam bab ugama...atau adakah aku masih ditakuk lama atau adakah aku berjaya menambahkan amalan....

biasanya kalau SKT kerja aku, bos yang akan bagi markah, tapi bagi skt amalan ugama aku ni, biarlah aku sendiri yang menilainya dan mengharapkan agar Allah akan mengambil kira amalan ugama aku ini...

walaubagaimanapun, senarai semak SKT ini masih dalam peringkat awal, so aku tak dapat nak kongsikan lagi dengan semua orang...harap2 entri yang seterusnya au berjaya menyiapkan deraf skt ini dan seboleh-bolehnya..biarlah ia sebelum 31 dec 2009.

-selamat menyambut tahun baru 2010-
chow chin chow