Friday, October 9, 2009

Harta Dunia

Perlukah kita pada kaya?

emm....mungkin , kekayaan itu perlu tapi bukan dihati , maksudnya andai diberi kaya kita syukur manakala andai tidak menjadi kaya kita juga syukur...

Qarun , seorang yang hebat beribadah, telah diuji dengan kekayaan oleh Allah...GAGAL.


Saidina Umar, menyumbang 1/2 dari kekayaan ke jalan Allah, manakala Saidina Abu Bakar menyumbang 'semua' kekayaan kepada Allah dengan hanya tinggal Allah dan Rasul dihatinya...BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT


Rasullulah ditawarkan untuk meninggalkan dakwah dengan tawaran harta yang melimpah ruah oleh golongan musrikin Mekah... namun dia MENOLAK!



Di padang mahsyar, umat manusia berhimpun dibawah terik matahari sementara menunggu amalan dihisab, setengah golongan ditanya , mengapa kamu masih berada disini, jawab mereka, harta dunia kami terlalu banyak hinggakan ia melambatkan proses kami untuk dihisab...MASYAALLAH..ALLAHUAKBAR!

Ya ALlah'

Janganlah Kau LALAI aku dikala aku terlalu sibuk mengejar untuk harta dunia... dimana niat ku begitu murni untuk menolong agama Mu sehinggakan aku menjadikan ia sebagai alasan untuk aku tidak sembahayang menepati waktu, tidak hadir ke majlis ilmu, tidak cukup waktu untuk membaca kitabMu, tidak sempat untyk solat berjemaah di surau Mu, tidak itu dan tidak ini...

Ya Allah ,sesungguhnya Kau maha Mengetahui sifat manusia itu lemah, mana mingkin aku mampu bangun malam untuk bertahajud dengan kerana aku terlalu sibuk berkira-kira berkaitan hal dunia...

Ya Allah, jangan lah Kau ambil nyawaku, selagi mana hajat aku tidak sampai untuk menjadi jutawan dunia sehinggakan aku mampu memberi sedekah kepada fakir miskin ...

ya Allah,
setiap masuknya malam nisfu syaaban, aku digalakkan untuk membaca surah yasin sebanyak 3 x, dan mendoakan diantaranya dengan doa..Ya ALlah panjangkan umur ku untuk ibadah untuk MU, sihatkan badanku untuk ibadah untuk Mu dan murahkan rezeki untuk aku keluarkan ke jalan MU,

Ya Allah,
tolonglah hambamu ini didalam perjuangan dunia akhirat, biarlah aku kecapi kedua2nya, janganlah kau jadikan hatiku ini hati org yang ingatkan dunia tanpa akhirat...

dan paling aku takuti sekali ya Allah , aku berjaya kecapi dunia namun panggilan maut mu telah sampai dahulu menjemputku sebelum aku bersedia untuk aku korbankan seluruh jiwa dan ragaku untuk akhirat...

namun Ya Allah, bukanlah niatku untuk menolak dunia, aku tahu tanpa dunia aku tidak dapat membawa bekalan pahala ke akhirat, tanpa dunia , aku tidak dapat beribadat untuk hisab di akhirat ..kerana akhirat adalah tempat segala amalan dunia dikira...

Cuma Ya ALlah, setelah aku menjadi jutawan dunia, jangan lah kau campakkan di dalam hatiku sifat2 terkeji, janganlah aku jadi takbur , sombong riak dan meninggi diri.....

aku puas kerana aku dapat menolong orang, tapi dihatiku berkata ...kalau tak kerana aku...

aku puas kerana dapat bersedekah RM30k (zakat), namun di akaun bank aku masih ada RM1 juta yang masih aku simpan,

Ya Allah , aku malu kepada temanku, sedekahnya cuma rm300 tapi duit perbelanjaannya yang tinggal hanyalah rm100..kerana katanya "aku berserah kepada ALlah untuk rezekiku yang akan datang"

Akhir kalam,

Bangkitkan Ya Allah suatu hari nanti aku bersama Rasulku yang ku cintai..

Amin

1 comment:

  1. Salam Tuan, teruskan menulis supaya penjadi peringatan untuk insan- insan yang lupa..


    TQ.

    ReplyDelete