Sunday, October 25, 2009

Kehendak

Semalam aku ke Kuala Lumpur (Low Yatt) atas urusan peribadi aku bersama seorang sahabat...
Setelah penat menyelesaikan kerja-kerja, aku pun pergi berehat di warung makan... aku memesan minum dan sahabatku memesan makanan...

setelah beberapa ketika, minum dan makanan pun sampai, tapi lain diminta lain yang datang...aku nak air panas diberi air sejuk, sahabat aku nak makanan goreng diberi makanan rebus...ohhhh!!!

...lalu aku mula terpikir...inilah rahsia/kuasa Allah taala.... kita mampu merancang/meminta, Allah sahaja yang punya kuasa!!

Sambil makan/minum , aku mula terpikir berkaitan kehendak manusia dan kehendak Allah...

Kita semua sudah tahu semua kejadian atas muka bumi dan seluruhnya adalah dengan kehendak Allah..kita tiada kuasa hatta diatas perkara yang telah lepas, sedang dan akan datang...hinggakan sesorang yang berbuat kejahatan pun adalah dengan kehendak ALlah..

maka , aku muka berfikir ,....dimana kah kehendak manusia????
atau bagaimana kita nak tentukan diatas perbuatan kita tu kehendak manusia ke atau kehendak Allah..

aku berfikir, terus berfikir dan terus berfikir....dan terus berfikir lagi....namun tak upaya, tiada lagi dapat jawapannya....

dan adakah tiada jawapan ini atas kehendak Allah atau kehendak manusia...

wallahualam

p/s: muga Allah beri hidayah/ilham atas pikir ini...

No comments:

Post a Comment