Tuesday, August 17, 2010

tajuk akhir dalam perbualan

Semalam pergi menemani teman untuk melihat rumah baru beliau (kuaters) di Presint 11. (semi-D). Berbagai cerita yang dibualkan seperti kisah nak meniaga, nak urus anak, masa depan dan lain-lain.

Setelah beberapa lama, tiba masa nak hantar teman ke pejabat beliau. Dalam perjalanan, dia menceritakan bahawa rumahnya pernah dimasuki pencuri 2 kali. Secara tidak sengaja, saya terus memberitahu amalkan sembahyang sunat 2 rakaat sebelum subuh. Rakaat pertama baca surah Alam Nasrah dan rakaat kedua baca surah Alam Tarakai (anak tegur - salah la ayah, bukan alam tarakai tapi Al Fil) hehehe....

Sambil bercerita, dah sampai pun depan pejabatnya dan moral of the story hari ni, perjumpaan saya dengan beliau berakhir dengan cerita ttg akhirat.

Tadi, buka keretamayat, dan tajuk juga sama... Alhamdullilah.

--n--

Tuesday, July 20, 2010

Dimanakah ia ?

1. Kami cari keberkatan dalam makanan maka kami temui dalam solat dhuha

2. Kami cari cahaya dalam kubur maka kami temui dalam solat malam

3. Kami cari jawapan munkar dan nakir maka kami temui dalam membaca Al_Quran

4. Kami cari cara untuk melintasi titian siratul mustakim maka kami temui dalam puasa dan sedekah

5. Dan, kami cari bayangan Arasy maka kami temui dalam "pengasingan diri dalam mengabdikandiri kepada Allah Ta'ala

Insya Allah

Friday, June 4, 2010

Panggilan Ilahi?

Salam,

2 hari lepas telah berlaku sesuatu yang patut diambil iktibar... Seperti biasa aku menghantar anak ke-2 ke tadika (surau presint 11) dengan menaiki motor. Setelah sampai ditempat parking, anak aku turun sambil aku menahan motor supaya tidak jatuh...

Setelah 2 3 langkah anak aku bergerak..aku memanggil namanya...tapi dia tak menoleh...aku panggil lagi, tapi makin lama makin laju pulak dia berjalan..sehinggakan aku rasa sia-sia aje...

tetiba perasaan nak marah (bengang) wujud kerana terasa macam diperlekehkan...maklumlah ego seorang ayah...

tapi, Allah punya kuasa. Lantas terlintas di fikiran ...inilah hakikatnya...
Laungan AZAN 5 kali sehari berlaku, namun.... dimanakah kita pada masa itu...???

Kita berasa sedih/bengang bila panggilan tidak dijawap, tapi apabila laungan AZAN menandakan kebesaran Allah kedengaran... kita juga tidak ambil peduli?

Mmmmm... inilah hikmah atas kejadian sangka baik...

Allahuallam.