Monday, October 26, 2009

JANGAN MENGELUH

Kita selalu berkata……………………dan Al Quran sudah menjawabnya……………....

Kita berkata : Kenapa aku diuji ?

Al Quran menjawab (Al Ankabut ayat 2-3) :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Kita berkata : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 216) :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui."

Kita berkata : Kenapa ujian seberat ini ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 286) :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Kita berkata : Kenapa rasa kecewa ?

Al Quran menjawab (Al Imran ayat 139) :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

Kita berkata : Bagaimana harus aku menghadapinya ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 45) :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenagan)." –

Kita berkata : Apa yang aku dapat daripada semua ini ?

Al Quran menjawab (At Taubah ayat 111) :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…."

Kita berkata : Kepada siapa aku berharap ?

Al Quran menjawab (At Taubah ayat 129) :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya, hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Kita berkata : Aku tak dapat tahan !!!!

Al Quran menjawab (Yusuf ayat 12) :
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-sekadar penyambungan sumber-

Sunday, October 25, 2009

Kehendak

Semalam aku ke Kuala Lumpur (Low Yatt) atas urusan peribadi aku bersama seorang sahabat...
Setelah penat menyelesaikan kerja-kerja, aku pun pergi berehat di warung makan... aku memesan minum dan sahabatku memesan makanan...

setelah beberapa ketika, minum dan makanan pun sampai, tapi lain diminta lain yang datang...aku nak air panas diberi air sejuk, sahabat aku nak makanan goreng diberi makanan rebus...ohhhh!!!

...lalu aku mula terpikir...inilah rahsia/kuasa Allah taala.... kita mampu merancang/meminta, Allah sahaja yang punya kuasa!!

Sambil makan/minum , aku mula terpikir berkaitan kehendak manusia dan kehendak Allah...

Kita semua sudah tahu semua kejadian atas muka bumi dan seluruhnya adalah dengan kehendak Allah..kita tiada kuasa hatta diatas perkara yang telah lepas, sedang dan akan datang...hinggakan sesorang yang berbuat kejahatan pun adalah dengan kehendak ALlah..

maka , aku muka berfikir ,....dimana kah kehendak manusia????
atau bagaimana kita nak tentukan diatas perbuatan kita tu kehendak manusia ke atau kehendak Allah..

aku berfikir, terus berfikir dan terus berfikir....dan terus berfikir lagi....namun tak upaya, tiada lagi dapat jawapannya....

dan adakah tiada jawapan ini atas kehendak Allah atau kehendak manusia...

wallahualam

p/s: muga Allah beri hidayah/ilham atas pikir ini...

Sunday, October 18, 2009

Umur

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi...

1. Adam - 930 tahun
2. Nuh - 950 tahun
3. Ibrahim - 195 tahun
4. Ismail - 137 tahun
5. Ishaq - 137 tahun
6. Yaakub - 144 tahun
7. Yusof - 110 tahun
8. Musa - 123 tahun
9. Daud - 70 tahun
10. Sulaiman - 180 tahun
11. Zakaria - 300 tahun
12. Yahya - 95 tahun
13. Syuaib - 250 tahun
14. Sholih - 180 tahun
15. Hud - 160 tahun
16. Isa - 33 tahun
17. Muhammad - 63 tahun
....
......
aku???... baru masuk 36 tahun... :)


Sumber : Ta'bir Mimpi Lengkap (1978)

p/s : terbuka untuk penambahan/pembetulan

Tuesday, October 13, 2009

Kesenangan itu dugaan rupanya

buat ke sekian kalinya , aku nak menulis lagi...

aku penah membaca di blog lain, umat Muhammad s.a.w ...kehebatannya terserlah apabila wujud kesabaran dalam diri...
sabar dalam ertikata redha dan menerima apa jua keadaan dengan hati yang terbuka tanpa buruk sangka....

dan..itulah jawapan yang aku dapat selama mencari..namun , ALLAH punya kuasa...

rupa-rupanya...dugaan yang paling aku tak duga dan sama sekali tak menduga adalah dugaan KESENANGAN...

Umat dulu Allah uji dengan kesusahan, nak lihat taraf SABAR...
umat akhir zaman Allah uji dengan kesenangan , nak lihat adakah kita kufur atau SYUKUR...

Ya Allah, salahlah aku selama ini jika anggapan ku, kesusahan itu satu ujian..salah lah aku selama ini, jika anggapan aku , kesusahan itu cuma milik aku...

Ya Allah , kau bagi aku kesenangan, kau bagi aku kesihatan, kau bagi aku nikmat...rupa-rupanya tersembunyi suatu rahsia...adakah aku akan lebih dekat denganMu atau makin jauh....

Ya Allah , selama ini aku bercita-cita untuk hidup sezaman Nabi ku, agar aku dapat melihat wajahnya, agar dapat aku dengar suaranya, agar aku dapat berkongsi deritanya... namun aku sedar kini..aku tak upaya Ya Allah...sedangkan sedikit kesusahan yang kau berikan..aku tewas...bagaimana pula jika makananku nanti hanya sebiji tamar, tidurku nanti beralaskan tikar, kenderaan ku nanti seekor kaldai..ooohhh...

jauhnya aku.....

cuma doaku Ya Allah...doaku Ya Allah ...hanya satu...

bangkitlah aku di akhirat bersama Nabiku...amin


p/s : sebahagian isi aku dapat dari tazkirah subuh tadi...

Berubah la

Pelik tapi benar... bilamana ramai dah mula bertanya aku kenapa 'kehadiran' aku kali ni berlainan benar..maksudnya , tidak seperti 'muda2' dulu...

teman sekolah, teman sekuliah, teman seperjuangan , teman se'airasia' dan segala teman dah mula merasai pelik dengan perubahan diri aku... katanya aku dah tak macam dulu lagi..

cakap pun dah lain, pakai pun dah lain , wajah pun dah lain (aikk...sampai wajah pun dibuat kajian)... aku tersengih aje...

jawab aku, pantai pun dah berubah..nak pulak manusia... mereka kata mude lagi la bro, panjang lagi masa... aku tersengih lagi... mereka tanya lagi, kenapa tetiba ko macamni, baru 2 bulan lepas jumpa dan lain... aku tersengih lagi...

ada le suara2 sumbang kata' life begin's at 40' dan bla bla bla... dan aku masih tersengih...
.........
...........
dan aku mula mula berbicara...

Kalau kau tanya aku kenapa sekarang, kenapa tak dahulu atau kenapa tak akan datang???? aku nak jawap, adakah aku punya kuasa hendak menghalang hidayah Allah??
... adakah aku mampu meletakkan tarikh bila aku nak mula terima hidayah??
dan mungkinkah inilah hikmah aku berdoa untuk menerima hidayah ketika aku muda, ketika aku 'hanyut' dahulu kala...Allahuallam..

beginilah kawan, nak mudahkan cerita .....
aku dah letih buat DOSA...
maksud aku sekarang aku nak buat PAHALA...FAHAM!!!
so, tak boleh ke? atau ko nak aku jawab , aku dah tau nak mati bila!!!

kalau berjogging pon kita tahu masa bila nak berenti, takkan dalam kamus hidup tak tahu lagi masa bila nak berubah...cukup cukup lah...

so, korang kat luar sana tu yang masih terbuat dosa atau dah plan nak buat dosa... ingatlah !!!
takut2 nanti....hidayah kita nanti hanyalah sebuah 'penyesalan'...

cya-

Monday, October 12, 2009

Berita Gembira Untuk Orang Miskin

Untuk menajdi jutawan akhirat bukan semudah menggerakkan lidah dan gigi seperti mana maksud ayat dibawah :-

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang ditempuhi orang-orang yang terdahulu daripada kamu" (surah Al-Baqarah, ayat 214)

Dari dulu kita dapati sangat sedikit bilangan orang mukmin yang kaya tapi lebih banyak yang miskin. Ini bermakna Allah sengaja menghindarkan kaya daipada orang mukmin seperti doktor melarang pesakitnya dariapda makan banyak kerana banyak makan akan lebih kepada mudarat.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud ,

" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan ke atas kamu tetapi yang aku khuatirkan ialah apabila terdampar luas bagimu dunia sebagaiman orang sebelum kamu. Kemudian kamu berlumba2 sebagaimana seperti orang2 sebelum kamu"

Mengapa miskin ? (miskin - punya harta tapi sekadar yang perlu sahaja sehingga tidak berlaku pembaziran)

1. dapat membentuk hati sentiasa rendah diri
2. dapat menyelami kesusahan manusia lain
3. senantiasa syukur
4. senantisa mengharap rahmat Allah
5. dapat membentuk hati untuk memiliki rasa kehambaan iaitu sifat yang dicintai oleh Allah


Mengapa kaya?

1. mudah wujud sifat riak, takkabur
2. mewujudkan sifat sudah 'berkuasa'
3. merasakan semua boleh dibeli dan akan wujud sifat turuti hawa nafsu


Saidina Umar menangis apabila ROm dan Parsi jatuh ke tangan umat Islam. Apabila ditanya oelh Sahabat maka beliau berkata " Inilah masanya dunia telah datang kepada kamu".

Tsa'labah yang asal hidupnya seorang miskin yang soleh etlah bertukar menjadi toleh apabila kekayaan menyelubungi hidupnya. Kemiskinan hidupnya telah membentuk dirinya taat kepada Allah. Akhirnya apabila kaya, lupa diri, bakhil , sombong , takbur dan lupa kepada ALlah.

Ini bukan bermakna orang mukmin menolak kekayaan. Orangm ukmin mahu kekayaan tetapi kaya pada masyarakat atau jemaah, tapi miskin pada individu. Contoh Saidnin Usman , Abdul Rahman bin Auf memiliki kekayaan tapi sama2 menanggung kelapadaran semasa perang khandak kerana hartanay telah dikorbankan utk jiha fisabillillah.

Antara doa Rasullullah s.a.w adalah supaya Allah hidupkan baginda dalam kemiskinan, mati sebgai seorang miskin dan bangun di Padang Masyar bersama-sama orang miskin sehinggakan baginda bersabda "barangsiapa yang mencintaiku maka bersedialah untuk miskin"

Ingatlah temanku, keafkiran itu sukar didunia senang diakhirat, sedangkan kekayaan itu kesenangan di udnia kesukaran di akhirat.

maka... marilah kita hidup dalam suasana penuh syukur, senantiasa merasai setiap rezeki yang ALlah berikan kepada kita amatlah melimpah ruah sehinggakan kita malu untuk meminta lagi...jika berdoa untuk penambahan rezeki, masukkan lah sekali di dalam doa tersebut ... rezeki ini adalah untuk aku berikan kepada fakir2 miskin dan yang memerlukan..cuma aku sebagai pemegang amanah sahaja...

mudah-mudahan aku akanmenjadi jutawan akhirat akhirnya...

Sunday, October 11, 2009

Kerja Dunia

Rata-rata kita 'taksub' untuk mengejar kerja dunia bagi tujuan 'murni' iaitu menolong nasib agama , bangsa dan negara...sebab apa? sebab dalam diri kita telah ada sekelumit perasaan 'saling berkongsi kepayahan ' orang lain...alhamdullilah...lantas kita melihat tiada jalan mudah untuk ini melainkan kita perlu menjadi satu bangsa yang 'kaya' , dihormati dan di pandang mulia oleh orang lain...


jesteru itu, kita mula memasang impian itu dan ini, langkah demi langkah, cara demi cara bagaimana akal dan kudrat yang Allah berikan boleh kita gunakan untuk agenda murni...

Wahai temanku,

Sedikit pun aku tidak menghalang tuan untuk 'menggali' harta dunia, namun jauh disudut hatiku hanya mampu bertanya adakah kita mampu menggalas tanggungjawab besar itu...

Aku punya teman . seorang jutawan dunia. Aku tanya, berapa sudah kekayaan beliau? dijawab sudah lebih jutaan ringgit? ku tanya lagi, apakah siling kepuasan tuan? jawabnya selagi 'rezeki masuk' , aku terima aje...oohhh kataku.

aku tanya lagi, bagaimana tuan bekerja untuk itu? jawabnya, bukan senang nak jadi macam aku. aku keluar gelap , pulang gelap. bagiku masa tidak cukup 24 jam sehari. urusan anak2 biarlah isteri yang buat, aku kasi wang aje . namun, yang paling aku tersentuh adalah apabila katanya bisnes sekarang kalau 'kedekut' tak yah bisnes lah...maksudnya?

kalau tak kasi komisen, kalau tak kasi hiburan , kalau tak kasi ikut kemahuan, janga harap lah nak dapat bisnes besar..kalau setakat bisnes kampung/pasar malam , kecil kecilan boleh lah... terpikirlah dalam hati aku, kalau kecil-kecilan, bila pulak nak jadik jutawan?

ooohhh....gitu rupanya nak mengejar jutawan dunia...tapi....apa yang paling aku sedih dan kesal , apabila aku tanya, bagaimana dengan saham akhirat? mengaji? tak pernah, ajar anak mengaji, lagi lah tak pernah, jemaah, kadang2 sebab sembhayang pun selalu lewat. ..masakan tak cukup...lain-lain? tak perlu nak tanya le....

tapi ,bila aku tanya, sedekah? terus dia jawab...aku bagi sini rm10k, sinun rm5k...oohh ab ni dia hebat..sebab niatnya masa sebelum kaya nak bantu sesama islam sehinggakan dia terlupa nak bantu diri dia untuk satu kehidupan yang lebih hebat lagi....

Allahualam...

Friday, October 9, 2009

Harta Dunia

Perlukah kita pada kaya?

emm....mungkin , kekayaan itu perlu tapi bukan dihati , maksudnya andai diberi kaya kita syukur manakala andai tidak menjadi kaya kita juga syukur...

Qarun , seorang yang hebat beribadah, telah diuji dengan kekayaan oleh Allah...GAGAL.


Saidina Umar, menyumbang 1/2 dari kekayaan ke jalan Allah, manakala Saidina Abu Bakar menyumbang 'semua' kekayaan kepada Allah dengan hanya tinggal Allah dan Rasul dihatinya...BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT


Rasullulah ditawarkan untuk meninggalkan dakwah dengan tawaran harta yang melimpah ruah oleh golongan musrikin Mekah... namun dia MENOLAK!



Di padang mahsyar, umat manusia berhimpun dibawah terik matahari sementara menunggu amalan dihisab, setengah golongan ditanya , mengapa kamu masih berada disini, jawab mereka, harta dunia kami terlalu banyak hinggakan ia melambatkan proses kami untuk dihisab...MASYAALLAH..ALLAHUAKBAR!

Ya ALlah'

Janganlah Kau LALAI aku dikala aku terlalu sibuk mengejar untuk harta dunia... dimana niat ku begitu murni untuk menolong agama Mu sehinggakan aku menjadikan ia sebagai alasan untuk aku tidak sembahayang menepati waktu, tidak hadir ke majlis ilmu, tidak cukup waktu untuk membaca kitabMu, tidak sempat untyk solat berjemaah di surau Mu, tidak itu dan tidak ini...

Ya Allah ,sesungguhnya Kau maha Mengetahui sifat manusia itu lemah, mana mingkin aku mampu bangun malam untuk bertahajud dengan kerana aku terlalu sibuk berkira-kira berkaitan hal dunia...

Ya Allah, jangan lah Kau ambil nyawaku, selagi mana hajat aku tidak sampai untuk menjadi jutawan dunia sehinggakan aku mampu memberi sedekah kepada fakir miskin ...

ya Allah,
setiap masuknya malam nisfu syaaban, aku digalakkan untuk membaca surah yasin sebanyak 3 x, dan mendoakan diantaranya dengan doa..Ya ALlah panjangkan umur ku untuk ibadah untuk MU, sihatkan badanku untuk ibadah untuk Mu dan murahkan rezeki untuk aku keluarkan ke jalan MU,

Ya Allah,
tolonglah hambamu ini didalam perjuangan dunia akhirat, biarlah aku kecapi kedua2nya, janganlah kau jadikan hatiku ini hati org yang ingatkan dunia tanpa akhirat...

dan paling aku takuti sekali ya Allah , aku berjaya kecapi dunia namun panggilan maut mu telah sampai dahulu menjemputku sebelum aku bersedia untuk aku korbankan seluruh jiwa dan ragaku untuk akhirat...

namun Ya Allah, bukanlah niatku untuk menolak dunia, aku tahu tanpa dunia aku tidak dapat membawa bekalan pahala ke akhirat, tanpa dunia , aku tidak dapat beribadat untuk hisab di akhirat ..kerana akhirat adalah tempat segala amalan dunia dikira...

Cuma Ya ALlah, setelah aku menjadi jutawan dunia, jangan lah kau campakkan di dalam hatiku sifat2 terkeji, janganlah aku jadi takbur , sombong riak dan meninggi diri.....

aku puas kerana aku dapat menolong orang, tapi dihatiku berkata ...kalau tak kerana aku...

aku puas kerana dapat bersedekah RM30k (zakat), namun di akaun bank aku masih ada RM1 juta yang masih aku simpan,

Ya Allah , aku malu kepada temanku, sedekahnya cuma rm300 tapi duit perbelanjaannya yang tinggal hanyalah rm100..kerana katanya "aku berserah kepada ALlah untuk rezekiku yang akan datang"

Akhir kalam,

Bangkitkan Ya Allah suatu hari nanti aku bersama Rasulku yang ku cintai..

Amin

Wednesday, October 7, 2009

Sakit

Ntah mengapa semenjak dari semalam badan aku mengalami keletihan yang teramat sangat...hendak dikatakan siang berkerja berat...tidak jugak sebab aku kerja dalam pejabat, hendak dikatakan kerja malam berat , tidak jugak, sebab belum malam jumaat....

tapi, apa yang aku rasa, bila badan dah mula terasa sakit, nafsu pun mula lemah...nak makan tak lalu, nak mandi letihhhh, nak kerja malas....

banyak perkara terpaksa aku cancel kerana masalah sakit...jemputan open house terpaksa dibatalkan, temujanji juga batal, yang terpikir, apa aku dah makan (salah makan) yang membuatkan aku tetiba aje nak sakit...

pikir punya pikir, takde gak jawapan, so aku tukar pikir lak...aku pikir apa dosa dah aku buat 2-3 hari lepas yang membuat kan aku nak sakit.. pikir punya pikir tak tau gak..sebab sakit..aku tertidur...sedar2 dah 230 ptg..oiiiii kerja lah...

so aku lekas2 bangun , ambik air sembahyang, solat zohor dan terus balik ofis...

dalam perjalanan ke ofis, aku pikir mengapa Allah jadikan sakit...kalau tanya orang , semua taknak sakit (walaupun ada org2 tertentu kununnya kata dia suka sakit sebab katanya sakit penghapus dosa), tapi kalau deiberi pilihan...tentu sihat yang dia pilih...
so, akhrinya aku cuba mengandaikan jawapan apakah nikmat sakit.

nikmat 1

penghapus dosa la dan ingat Allah sokmo


nikmat 2

bagi peluang pekerjaan terjamin
-cuba tanya emak org , anak org, kerja apa dia nak ...tentu antaranya kata nak jadi doktor..sebab apa...1. kerja dah menunggu, 2. gaji lumayan 3. dipandang mulia dan bla bla
tapi, pernahkah diaorg terpikir , kalau Allah sihatkan semua orang, rasanya doktor nak kerja apa yekkk

nikmat 3

kilang ubat buat duit
-bila ada sakit, ada le ubat yang direka , tak kiralah pil ke , vaksin ke , heroin ke...tapi bila ada penyakit aje...'tersenyum' le pengilang/pembuat ubat..."dah ada bisnes" katanya

nikmat lain - aku tgh pikir

so... moralnya sangka baik aje lah dengan kesakitan dan hargai kesihatan sebelum kesakitan menjemput...

cya-

Saman

Hari ni dari pagi aku sibuk naik turun mahkamah majestret untuk langsaikan saman trafik. Bulan Jan 2009 aku kena saman trafik sebab langgar lampu merah dan plet motorsikal patah separuh...

Aku buat hero.... tak nak 'pujuk' penyaman...last-last masa aku nak renew roadtax kereta dan motor ..sangkut! ada waran tangkap

so, banyak perkara lah aku kena buat bagi bab ini.

pergi buat rayuan - tak lepas , kerana opss sikap , ada satu cara aja nak selesai...MAHKAMAH...aduss..tambah lagi kerja aku. tapi takpe, kerana aku yang mengatal tak nak 'pujuk'...

so , kenalah aku mengadap tuan majestret pagi tadi...


Tapi, alhmadullilah.Banyak perkara yang aku dapat belajar dari episod ini.

Antaranya :-

1. Jangan langgar undang2
2. Hidup di dunia ni rupa-rupanya banyak 'ketidakadilan' (patut le kita perlu mengejar akhirat)
3. Kalau kita nobody , terima aje la seadanya
4. Kalau kita somebody (atau kenal somebody) , angka 9 boleh jadik 6
5. Ada pengalaman masuk mahkamah (kalau tak kerana saman ni, tentu aku tak pernah pergi jenguk mahkamah kat putrajaya tu)

Akhirnya, setelah beberapa perkara telah disesuaikan dengan keadaan, saman aku telah berjaya dikurangkan dari RM600.00 kepada RM80.00..alhamdullilah

dan..lepas bayar aje, aku terus pecut ke balai polis utk release blacklist...insyaAllah esok aku dah boleh renew roadtax...

Monday, October 5, 2009

Cool Link

Sila klik http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx .

Terimakasih kepada penciptanya...

Akhirnya...

Alhamdullilah...

Akhirnya pada hari yang bersejarah (6.10.2009), aku telah berjaya mencipta sebuah blog dengan menggunakan 'mouse click' .. mudahnyeee

Dan, hari ini bermulalah episod aku untuk menulis, menulis dan terus menulis mengenai kisah aku, kisah alam sekeliling dan kisah dan teladan...

Dikesempatan ini juga , aku ingin merakamkan setinggi ucapan syukur dan terimaksih kepada semua makluk Allah di mana saja berada diatas kudrat dan bimbingan kepada aku...

Juga, mohon dihalalkan segala apa saja yang terjadi antara kita sesama...

MRM...