Tuesday, July 20, 2010

Dimanakah ia ?

1. Kami cari keberkatan dalam makanan maka kami temui dalam solat dhuha

2. Kami cari cahaya dalam kubur maka kami temui dalam solat malam

3. Kami cari jawapan munkar dan nakir maka kami temui dalam membaca Al_Quran

4. Kami cari cara untuk melintasi titian siratul mustakim maka kami temui dalam puasa dan sedekah

5. Dan, kami cari bayangan Arasy maka kami temui dalam "pengasingan diri dalam mengabdikandiri kepada Allah Ta'ala

Insya Allah

Friday, June 4, 2010

Panggilan Ilahi?

Salam,

2 hari lepas telah berlaku sesuatu yang patut diambil iktibar... Seperti biasa aku menghantar anak ke-2 ke tadika (surau presint 11) dengan menaiki motor. Setelah sampai ditempat parking, anak aku turun sambil aku menahan motor supaya tidak jatuh...

Setelah 2 3 langkah anak aku bergerak..aku memanggil namanya...tapi dia tak menoleh...aku panggil lagi, tapi makin lama makin laju pulak dia berjalan..sehinggakan aku rasa sia-sia aje...

tetiba perasaan nak marah (bengang) wujud kerana terasa macam diperlekehkan...maklumlah ego seorang ayah...

tapi, Allah punya kuasa. Lantas terlintas di fikiran ...inilah hakikatnya...
Laungan AZAN 5 kali sehari berlaku, namun.... dimanakah kita pada masa itu...???

Kita berasa sedih/bengang bila panggilan tidak dijawap, tapi apabila laungan AZAN menandakan kebesaran Allah kedengaran... kita juga tidak ambil peduli?

Mmmmm... inilah hikmah atas kejadian sangka baik...

Allahuallam.

Monday, December 21, 2009

Mengelak Maksiat

Salam.

Dalam beberapa hari ni, aku telah pergi membeli buku-buku berkaitan agama dan motivasi. Antara buku yang menarik adalah "Kaedah Selamat Dari MAKSIAT". Walaupun aku belum abis membacanya, aku teringin berkongsi kepada umum akan isi kandungannya.

Kaedah 1 : Anggaplah dosa sebagai masalah besar

Kaedah 2 : Jangan meremehkan dosa

Kaedah 3 : Jangan hebah ketika buat maksiat

Kaedah 4 : Bertaubat secara tulus dan benar

Kaedah 5 : Lagi berdosa lagi bertaubat

Kaedah 6 : Tinggalkan faktor-faktor maksiat

Kaedah 7 : Selalu memohon keampunan

Kaedah 8 : Sudahkah anda berjanji meninggalkan maksiat

Kaedah 9 : Susulkan Kebajikan kepada kejahatan

Kaedah 10 : Mewajibkan tauhid yang sejati

Kaedah 11 : Berkenalan dengan orang alim / orang baik-baik

Kaedah 12 : Berdakwah

Kaedah 13 : Jangan mencela orang yang berbuat dosa

dan yang berkaitan dengannya

sekian

Sunday, December 20, 2009

Buku Yang Menarik...


Salam semua... Disini saya ingin kongsikan satu buku yang bertajuk "Kaya Dunia Akhirat".
Dibeli dengan harga RM8.00 di Masjid UPM.

Selamat Memabca

Tuesday, December 8, 2009

SKT 2010

Salam...

lama saya tak bersiaran...kebelakangan ni banyak perkara/kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan..

sebagai penjawat awam, bulan 12 adalah bulan yang mana aku perlu menyiapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan). Nak lihat adakah kerja yang dirancang tahun ini, mengikut seperti pelan asala atau ada yang digugur/ditambah..

So far, aku punya SKT alhamdullilah...seperti yang dirancang..cuma ada beberapa projek/tugasan terpaksa digugurkan atas alasan implikasi kewangan..(kita hanya mampu merancang...)

Berbalik pasal SKT, aku bukan nak cerita tentang SKT aku tapi aku ada ilham baru bagaimana nak sambut tahun baru (tahun masehi atau hijrah..tak kisah le)

tapi...better kita lebihkan sedikit tahun baru hijrah kerana itu tahun umat islam..ye tak... tapi utk kalender kerjaya..boleh gak ikut tahun masehi... no worries...

So, dalam setahun ini (2009) aku cuba liha tkembali amalan-amalan agama aku...apa yang dah buat, apa yang belum buat dan paling teruk apa yang tak terpikir langsung nak dibuat...

dan..dengan sebab itu, mulai tahun depan (2010) aku bercadang untuk mengadakan SKT utnuk amalan agama aku...mungkin aku boleh kasi nama "Sasaran Amalan Ugama 2010"...

apa yang dah ada difikiran aku, akhir tahun 2010, aku nak lihat bagaimana seriusnya aku dalam bab ugama...atau adakah aku masih ditakuk lama atau adakah aku berjaya menambahkan amalan....

biasanya kalau SKT kerja aku, bos yang akan bagi markah, tapi bagi skt amalan ugama aku ni, biarlah aku sendiri yang menilainya dan mengharapkan agar Allah akan mengambil kira amalan ugama aku ini...

walaubagaimanapun, senarai semak SKT ini masih dalam peringkat awal, so aku tak dapat nak kongsikan lagi dengan semua orang...harap2 entri yang seterusnya au berjaya menyiapkan deraf skt ini dan seboleh-bolehnya..biarlah ia sebelum 31 dec 2009.

-selamat menyambut tahun baru 2010-
chow chin chow

Thursday, November 19, 2009

Kerja Luar

Hari ni aku baru masuk kerja ..pergghh ..punya lah lama aku tak masuk opis. sejak 3 minggu lepas. mula2 ada kursus ipv6, then mesyuarat kat lumut perak dan baru ni pergi meeting kat kuching Sarawak...

kat kuching aku stay kat Pullman Hotel. check in 17hb . yang terbaiknya, ari yg sama opening hotel ni..so aku pun turut sama memeriahkan hotel ni la...

rate semalam rm200++ utk gov rate. mahal gak ni sebab tak masuk breakfast. hotel pun kira ok lah . aku boleh kasik 4 1/2 bintang over 5.

thats all...

Monday, October 26, 2009

JANGAN MENGELUH

Kita selalu berkata……………………dan Al Quran sudah menjawabnya……………....

Kita berkata : Kenapa aku diuji ?

Al Quran menjawab (Al Ankabut ayat 2-3) :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Kita berkata : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 216) :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui."

Kita berkata : Kenapa ujian seberat ini ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 286) :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Kita berkata : Kenapa rasa kecewa ?

Al Quran menjawab (Al Imran ayat 139) :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

Kita berkata : Bagaimana harus aku menghadapinya ?

Al Quran menjawab (Al Baqarah ayat 45) :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenagan)." –

Kita berkata : Apa yang aku dapat daripada semua ini ?

Al Quran menjawab (At Taubah ayat 111) :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…."

Kita berkata : Kepada siapa aku berharap ?

Al Quran menjawab (At Taubah ayat 129) :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya, hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Kita berkata : Aku tak dapat tahan !!!!

Al Quran menjawab (Yusuf ayat 12) :
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-sekadar penyambungan sumber-