Tuesday, December 8, 2009

SKT 2010

Salam...

lama saya tak bersiaran...kebelakangan ni banyak perkara/kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan..

sebagai penjawat awam, bulan 12 adalah bulan yang mana aku perlu menyiapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan). Nak lihat adakah kerja yang dirancang tahun ini, mengikut seperti pelan asala atau ada yang digugur/ditambah..

So far, aku punya SKT alhamdullilah...seperti yang dirancang..cuma ada beberapa projek/tugasan terpaksa digugurkan atas alasan implikasi kewangan..(kita hanya mampu merancang...)

Berbalik pasal SKT, aku bukan nak cerita tentang SKT aku tapi aku ada ilham baru bagaimana nak sambut tahun baru (tahun masehi atau hijrah..tak kisah le)

tapi...better kita lebihkan sedikit tahun baru hijrah kerana itu tahun umat islam..ye tak... tapi utk kalender kerjaya..boleh gak ikut tahun masehi... no worries...

So, dalam setahun ini (2009) aku cuba liha tkembali amalan-amalan agama aku...apa yang dah buat, apa yang belum buat dan paling teruk apa yang tak terpikir langsung nak dibuat...

dan..dengan sebab itu, mulai tahun depan (2010) aku bercadang untuk mengadakan SKT utnuk amalan agama aku...mungkin aku boleh kasi nama "Sasaran Amalan Ugama 2010"...

apa yang dah ada difikiran aku, akhir tahun 2010, aku nak lihat bagaimana seriusnya aku dalam bab ugama...atau adakah aku masih ditakuk lama atau adakah aku berjaya menambahkan amalan....

biasanya kalau SKT kerja aku, bos yang akan bagi markah, tapi bagi skt amalan ugama aku ni, biarlah aku sendiri yang menilainya dan mengharapkan agar Allah akan mengambil kira amalan ugama aku ini...

walaubagaimanapun, senarai semak SKT ini masih dalam peringkat awal, so aku tak dapat nak kongsikan lagi dengan semua orang...harap2 entri yang seterusnya au berjaya menyiapkan deraf skt ini dan seboleh-bolehnya..biarlah ia sebelum 31 dec 2009.

-selamat menyambut tahun baru 2010-
chow chin chow

No comments:

Post a Comment